UPM.... Lebih dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia....
aku ditawarkan untuk menyambung pengajian ku di UPM... tetapi aku ingatkn di
UPM Kampus Serdang.. rupa2nya di UPM Kampus Bintulu.... aku ditawarkan Diploma
Perikanan.. apabila aku bertanya pada salah seorang staff UPMKB, kenapa aku
tidak dapat UPM Serdang, dia menjawab bahawa di Serdang, tiada program
DIPLOMA... hanya ASASI, IJAZAH, MASTER dan PhD.. aku berasa sedih sangat...
tapi bukan sedih kerana berjauhan dengan keluargaku... itu ade la sikit..
tetapi paling aku sedih ialah, aku secara tidak langsung telah menyebabkan
kedua-dua ibu bapa ku mengeluarkan modal duit yang banyak utnuk menampung
hidupku di Sarawak... aku berasa serba salah juga.. mane tidaknya... duit
perbelanjaan pembelajaran saja da hampir RM5000... duit kapal terbang untuk
datang dri LCCT ke Bintulu, 4dewasa, 1 kanak2 je da hampir RM5000 juga... jadi
dalam masa xsampai sebulan... ibu bapa ku telah berhabes duit sebanyak RM10000
hanya untuk mendaftarkan aku sebagai seorang warga UPMKB... aku pada mulanya
sangat sedih kerana mereka menyimpan rahsia perbelanjaan daripada aku.. tetapi
bila aku fikir dan aku membuat sedikit pengiraan sebelum aku datang ke UPMKB
nie, aku terkejut sangat-sangat... memang aku tidak menyangka aku telah menyusahkan
mereka dengan perbelanjaan sebanyak itu.. pada waktu sampai di sini, kami telah
berjumpa dengan senior sem 3 dan sem 5.. seorang bernama Nurul dan seorang lagi
Aisyah KALAU tidak silap.. mereka sangat baik hati dan menolong kami yang baru
pertama kali di Bintulu nie.. aku sangat bersyukur, kerana masih ade lagi
manusia yang baik hati seperti mereka yang ingin menolong kami yang dalam
kesusahan ini.. aku sangat berterima kasih dan bersyukur... apabila melepasi
pintu pagar UPM di Taman Li Hua, aku melihat sekeliling hanya penuh dengan
hutan dan kawasan tidak berapa membangun.. aku suka keadaannya, kerana di KL,
tidak dapat pemandangan yang seindah begini.. Alhamdulillah syukur.. aku akan
meneruskan perjuanganku untuk menelaah ilmu di sini, demi membantu ibu bapa ku
pada masa akan datang.. InsyaAllah....
AIMAN NAMAKU
Monday, July 8, 2013
TENTERA
TENTERA.... apa benda pertama yang muncul di pemikiran
anda????? RAGGING??? GANAS???? BUAS??? SENJATA??? KAPAL PERANG???? LAHAD
DATU????? Itu merupakan pendapat masing-masing... dan setiap orang harus
menghormati pendapat orang lain.. tetapi bagi saya... apabila dengar perkataan
TENTERA... timbul SEMANGAT JUANG, DISIPLIN DIRI, PATRIOTISMA, KEDAULATAN DAN
MARUAH NEGARA, PAHLAWAN YANG TERBILANG.... saya dilahirkan sewaktu ayah saya
masih bergelar salah seorang perajurit negara... Alhamdulillah saya masih sempat
merasai hidup di kawasan suasana kem tentera... tetapi hanya sementara waktu
sahaja... apabila saya berumur 8tahun, ayah saya telah pencen dan kami
sekeluarga berpindah ke kawasan baru yang dulu dikenali sebagai Sungai Buloh,
tetapi di komersialkan sebagai Kota Damansara... walaupun aku berjauhan sedikit
daripada kem Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).. namun dalam hati dan
fikiranku, masih terngiang2 bunyi orang berkawad, laungan perang (battle cry),
dan aktiviti pada hari keluarga tentera... cakap pasal hari keluarga tentera...
aku dapat menyertainya pada umur 5tahun.. hari keluarga tersebut diadakan di
Taman Templer Park, brdekatan dengan Taman Rimba Komanwel, Hulu Selangor..
keluarga kami memenangi pelbagai hadiah dan acara... namun, aku ingin menceritakan
pengalaman ayahku.. ayahku memasuki tentera sewaktu umurnya 18.. dia menamatkan
persekolahan hanya pada umur 10tahun.. dan membantu ayahnya melakukan kerja
kampung, demi membantu menyara dan memberi persekolahan pada 10 lagi adik
beradiknya.. dia memasuki tentera, dan menjalani pelbagai ujian lasak demi
melayakkan diri menjadi perajurit.. apabila dia diterima dalam askar, misi
pertamanya adalah berperang dengan komunis di dalam hutan.. dia berada di
barisan hadapan dan yang mengetuai pasukan di belakangnya.. sewaktu berhenti
untuk berehat, dia menelefon kami menggunakan telefon askar, dia ingin bercakap
denganku, tetapi aku merajuk dengannya pada waktu itu.. apabila tiba waktu
malam, aku menangis untuk bercakap dengannya.. ibu menenangkan aku.. aku menunggu
kepulangan ayahku selama hampir sebulan...tetapi Alhamdulillah... dia selamat
pulang dalam keadaan yang sihat dan tiada cacat cela.. kini.. aku menanam
keazaman untuk aku meneruskan legasi keluarga ku.. kerana darah pahlawan
mengalir dalam tubuhku.. dan aku akan menjadi seorang perajurit yang akan
menabur bakti terhadap keluarga, agama, bangsa, dan negara.. InsyaAllah....
SENJATA ARMORY
SENJATA... atau lebih dikenali sebagai senjata api,
merupakan salah satu senjata yang boleh membawa maut dan memudaratkan
seseorang... senjata api di Malaysia, hanya boleh dimiliki dan disimpan,
sekiranya pemilik mempunyai lesen senjata api yang didaftarkan di bawah PDRM..
jika tidak mempunyai lesen tersebut, maka anda tidak layak untuk memiliki
ataupun menyimpan, apatah lagi untuk melepaskan tembakan menggunakan senjata
api... walaupun anda hanya mempunyai sebutir peluru tanpa memiliki lesen senjata
api, anda boleh dikenakan hukuman mengikut seksyen 302 kanun keseksaan..senjata
api banyak kegunaanya, antaranya untuk melindungi diri sendiri, untuk berburu
binatang liar, dan hanya sebagai perhiasan... kebanyakan yang memiliki lesen
senjata api, hanya untuk melindungi diri dan berburu atau menghalau binatang
liar yang mengacau kawasan mereka, terutamanya mereka yang hidup di kawasan
perkampungan... tetapi bagi mereka yang
ingin berburu pula, mereka perlu lesen berburu, sebelum mereka dapat menembak mati
binatang tersebut... di zaman moden sekarang nie, senjata api telah diubah suai
dengan ciri-ciri tahan lasak, compact,
dan jarak membunuh yang berkesan (RANGE
OF KILL).. senjata terbahagi kepada beberapa kelas... PISTOL,
SUB-MACHINEGUN, RIFLE, SNIPER, MACHINEGUN dan ARTILERRY.. diantara banyak2
pengkelasan senjata ini, senjata yang boleh membunuh dari jarak yang paling
jauh dan berkesan ialah SNIPER.. kalau jarak dekat dan tempur (fast-paced war),
sub-machinegun merupakan senjata yang terbaik.. manakala rifle boleh membunuh
dari jarak dekat mahupun jauh... manakala artillery pula berkesan membunuh dari
jarak tidak berapa jauh, dan boleh membunuh dengan ramai dalam satu tembakan...
di Malaysia, senjata api kita setanding dengan negara2 lain.. strategi peperangan
Malaysia juga setanding dengan luar negara.. oleh itu, rakyat Malaysia haruslah
bersyukur dan jangan banyak merengek mengenai soal keselamatan negara.. kerana
para pejuang dan perajurit barisan pertahanan negara Malaysia bermati-matian
menjaga maruah negara dan keselamatan rakyat... jika mereka2 yang tidak berpuas
hati soal keselamatan negara, contohnya di Lahad Datu, Sabah, mereka boleh
mengangkat senjata, dan cuba berperang untuk mengalahkan penceroboh2 tersebut
tanpa melalui latihan2 ketenteraan.. sudah pasti mereka tidak akan bercakap
sembarangan laigi selepas itu... InsyaAllah....
KRS
KRS..... atau lebih dikenali
sebagai KADET REMAJA SEKOLAH.... telah ditubuhkan pada 1980-sekarang....
pengasas persatuan ini ialah Allahyarham Thani Syaaban... beliau menubuhkan
pasukan KRS di Perak pada mulanya... beliau sangat menggemarkan aktiviti luar
dan yang mencabar mental dan fizikal seseorang... pada mulanya.. KRS hanya
seramai 50orang.. lalu berkembang di setiap negeri dan telah mencapai
penglibatan lebih daripada 3juta pelajar satu malaysia... KRS merangkumi
pelbagai aspek, dan tidak tertumpu hanya pada satu aspek saja seperti unit
uniform yang lain... antara aspek yang dititikberatkan ialah Kawad Kaki, Bantu
Mula, Ikatan, Kerohanian, Kecergasan, Ikhtiar Hidup, dan pelbagai lagi....
tujuan penubuhan KRS untuk mengasah bakat semulajadi, semangat patriotisma, dan
disiplin diri seorang pelajar untuk lebih bersahsiah.. aku masih ingat lagi
pada waktu itu... aku memasuki KRS di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 9 Kota
Damansara, aku diajar untuk berkawad.. agak kelakar, kerana dulu aku gemok..
hahaha.. setiap kali aktivti kawad, memang aku tidak akan hadir.. hahaha..
sampai la masuk sekolah menengah.. bermula di Tingkatan 1.. aku berkawan ngan
rakan yang memang baik dan ingin mengisi masa lapang, dengan aktiviti yang
berfaedah dengan cara menyertai KRS di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10
Kota Damansara pula.. pelbagai aktiviti yang dapat aku sertai dan mengisi masa
lapang dengan baik, serta mendapat ilmu pengetahuan tambahan, yang tidak akan
dapat di dalam kelas belajar.. aku dia ajar asas kawad yang betul, ikatan,
bantu mula(cpr), ikhtiar hidup(masak ikan hidup), dan sebagainya.. apabila guru
pengiring melihat aku bersemangat dalam setiap aktivti, aku dihantar untuk
menyertai pelbagai kem perkhemahan di peringkat daerah sebanyak 10x, dan
peringkat negeri sebanyak 2x.. aku juga tidak terlepas untuk menyertai kem
perkhemahan kenaikan pangkat... pangkat dalam KRS bermula drpd KADET- LANS
KOPERAL- KOPERAL- SARJAN- STAFF SARJAN- PEGAWAI WARAN 2(PW2)- PEGAWAI WARAN
1(PW1)... aku bermula daripada KADET-KOPERAL-STAFF SARJAN-PEGAWAI WARAN 1..
ayahku berasa banggA, apabila aku dapat pangkat PW1.. sampai sekarang, kalau
aku berjumpa dengan ahli KRS daerah PETALING UTAMA, mereka akan memanggil aku
CIK.... dan akan ku sambung cita2 ku kedalam PALAPES, dan seterusnya kedalam
TENTERA.... InsyaAllah.....
KELUARGAKU
KELUARGAKU.... terdiri daripada seorang ketua keluarga
(Abah).. pembantu ketua keluarga( Emak).. dan AJK2 (adik beradik seramai 3
org).. keluarga kami merupakan keluarga
yang sederhana... tidak terlalu kaya sampai mempunyai sebuah banglo... mahupun terlalu
miskin dan daif untuk tinggal di dalam hutan... kami keluarga yang berasal
daripada latar belakang yang hanya sederhana saja.. Abah bernama ANUAR BIN
ABDUL AZIZ.. Emak bernama RAHMAH BINTI ALI.. kak bernama FATIN SORRAIYYA BINTI
ANUAR.. aku bernama MUHAMMAD AIMAN BIN ANUAR.. dan adikku bernama MUHAMMAD
ZAMIR BIN ANUAR... Abah merupakan bekas seorang perajurit negara, dan kini
membawa van sekolah untuk menghantar budak2 ke sekolah.. ibu pula seorang
surirumah.. kak berada di MSU, Shah Alam.. dlm bidang pelancongan.. aku di
sini, UPMKB, Sarawak.. dan adikku masih bersekolah di SK Seksyen 9 Kota
Damansara.. aku masih ingat lagi.. aku diajar untuk mengaji, solat, berpuasa...
abah dan emak tidak lekang untuk mengajar aku dan membiasakan diri aku dengan cara
hidup Islam.. apabila aku meningkat dewasa, pemikiran aku lebih jauh dan
sedikit matang... pada usia remaja, perasaan cemburu ku memuncak.. kerana aku
merasakan Abah dan Emak hanya melebihkan Kak dan Zamir.. segala apa yang
diminta dan dihajati oleh kak dan zamir.. semuanya tertunai dalam sekelip
mata... apabila tiba giliran aku, aku bkn tidak mahu meminta... tetapi aku
berasa, ape yang aku minta itu, akan membebankan kedua ibu bapa ku.. jadi lebih
baek aku hanya berdiam diri.. sampai satu tahap.. aku bergaduh dengan adik
beradik ku.. Abah dan Emak tidak menyalahkan aku.. tetapi aku berasa janggal
pada waktu itu.. aku merasakan mereka mempersalahkan aku dalam hal tersebut..
aku kecewa, dan sering kali persoalan nie bermain di fikiran ku ‘’ADAKAH AKU
NIE ANAK ANGKAT?? KENAPA AKU RASA SEPERTI DI ANAK TIRIKAN OLEH KEDUA IBU BAPA
KU SENDIRI’’.. Tetapi, apabila aku berdaftar untuk masuk ke UPMKB.. baru aku
tau, betapa besarnya pengorbanan abah dan emak untuk melihat aku berjaya dalam
mengejar cita-citaku untuk menjadi seorang pegawai tentera yang berjaya..
perbelanjaan untuk aku menyambung pengajian di sini, hampir mencecah
RM15,000... aku hampir terkejut.. aku berasa serba salah.. kerana aku bersangka
buruk terhadap keluarga ku sendiri.. tetapi aku telah berazam dan berjanji
dengan diri aku sendiri untuk berjaya mengejar cita2 ku dan membantu dan
menjaga ibu bapa ku apabila mereka sudah tua.. InsyaAllah....
Subscribe to:
Posts (Atom)